home profail pengiklanan langganan kelab_pembaca hubungi LAMAN AHLI
WADAH MENJANA USAHA NIAGA
Anda sekarang sedang melayari laman web Majalah BISNES.

Kehadiran Majalah BISNES diharap dapat menjadi wadah untuk anda menjana semangat keusahawanan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya.
Jangan ketinggalan untuk membaca setiap edisi.

Langganlah Sekarang!!
Edisi BISNES adalah eksklusif!!
 

Catatan Pengarang

PERDAGANGAN
elektronik atau e-dagang merupakan satu metodologi perniagaan maya tanpa sempadan jarak dan waktu yang menggunakan perantaraan elektronik untuk melakukan keseluruhan transaksi perniagaan.

Peniaga dapat bertemu de­ngan pelanggan dalam suasana maya untuk melakukan urusniaga dengan menggunakan teknologi internet, digital dan lain-lain. Pengguna pula dapat membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana jua menerusi akses kepada internet.

Kaedah ini amat selesa bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi membeli-belah atau tidak mahu membuang masa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau berbaris di kaunter untuk menunggu membuat pembayaran.

Dengan mengunjungi laman e-dagang, pengguna hanya membuat pemilihan produk atau perkhidmatan yang dikehendaki dan produk yang dipesan itu akan sampai dalam tempoh yang ditetapkan.

E-dagang juga merupakan satu kaedah pemasaran abad ke-21 yang mendukung konsep kos operasi yang rendah dan produktiviti yang tinggi menerusi pengurusan yang lebih cekap. Ia dicapai dengan menggunakan aplikasi teknologi serta peralatan canggih yang mampu memendekkan tempoh urusniaga, mengatasi batasan masa dan memperluaskan jaringan perniagaan tanpa batasan.

E-dagang adalah hasil perkembangan canggih era elektronik. Kehebatannya turut menjadikan sektor jualan langsung berbilang tingkat (MLM) jauh lebih menarik berbanding MLM tradisional. E-dagang berkuasa memperkukuhkan kehebatan sektor ini.

Gabungan MLM dan e-dagang merupakan satu revolusi pemasaran yang sangat hebat. Justeru kini dilihat semakin banyak syarikat mencipta peluang perniagaan berbentuk electronik MLM (e-MLM) dengan pelan pemasaran yang terkini.

Majalah BISNES keluaran kali ini memberi liputan khas mengenai perniagaan e-MLM yang disediakan syarikat Rafa Green Sdn Bhd (Rafa). Berbekalkan produk yang berkualiti dari Switzerland dan pelan pemasaran yang mendahului pasaran, bisnes Rafa menyediakan peluang untuk anda mengubah kehidupan dengan konsep bisnes yang paling menyeronokkan.

Dalam mencari peluang-peluang bisnes, Rafa adalah antara jalan yang mampu merealisasikan impian sesiapa juga demi menggapai kehidupan yang lebih baik. Tidak ada alasan lagi bagi mereka yang berkata tiada peluang kerana Rafa telah menunjukkan peluang untuk anda memajukan diri. Selamat membaca.

 

 

 

 
iklaneka

WARTAWAN SAMBILAN DIKEHENDAKI
Berpengalaman menulis berita & artikel perniagaan dalam
Bahasa Melayu.

Kepada yang berminat, sila email resume anda kepada
speed_media@yahoo.com

 

 
edisi terdahulu
pengedar diperlukan
 
     
 
s